Monday, December 15, 2008

TENANGNYA KU DI SINI





Sedar tak sedar, sudah hampir 2 tahun Fauzan menabur bakti di ceruk kampung mengajar anak bangsa ilmu pengetahuan berguna. Suasana sekolah yang serba sederhana kadang-kadang menimbulkan rasa sayup di hati untuk meninggalkan anak-anak muda yang masih kekok berhadapan dengan dunia yang penuh dengan anasir-anasir yang bisa merosakkan pemikiran dan budaya hidup mereka. Di sini mereka terdidik dengan amalan rutin pendidik jiwa seperti Zikir ma'thurat dan Ratib Al-Hadad. Mereka jarang-jarang sekali berbicara soal yang berkaitan rakan yang berlainan jantina secara terang-terangan (belakang-belakang Wallahu 'alam)...apatah lagi untuk berbual bicara sesama lelaki dan perempuan tanpa urusan yang dibenarkan syara'. Suasana yang Fauzan tidak ketemu di kebanyakan sekolah di pinggir bandar seperti ini. Masih ada lagi kah golongan remaja yang bergelumang dengan kesusahan demi mendapatkan bekalan duniawi dan ukhrawi selengkapnya pada hari ini?...setelah merasai suasana sebegini, Fauzan yakin..sekiranya mereka istiqamah dan ikhlas dalam membentuk diri mereka, mereka inilah yang bakal mencorak perubahan di masa akan datang...Mungkin Fauzan nampak terlalu optimistik, namun percayalah, tugasan mendidik remaja pada hari ini walaupun dalam Bi'ah yang sebegini rupa tetap berhadapan dengan liku-liku yang tidak kurang sempitnya dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit bahkan terlalu besar sehingga terpaksa menggenggam dengan gigi geraham seeratnya.





Hmmm...lihat lah wajah mereka...siapa sangka, wajah-wajah keana-anakan ini mempunyai sesuatu yang bakal dipersembahkan buat kecemerlangan agama yang tercinta di kemudian hari...

Wajah-wajah ini dan ramai lagi yang tidak ditunjukkan di sini mengingatkan Fauzan kepada memori silam di zaman persekolahan..Wajah-wajah ini juga membuatkanku Tenang berada di sini..Jangan kau rosakkan ketenangan yang telah lama berputik ini...




4 comments:

Nurul Sharina said...

salam.. nak hantar anak kat skolah ni lah satu hr nanti!!

Syifa' Ismail said...

slm.. xaci xaci.. gambr kitorang mane.. huhu

:: selamat menruskan perjuangan di SMIP yang bersejarah ::

fauzan said...

bole je nak hantar...i2 pun kalu ada lagi la skolah nih...nak tunggu ada anak besar mau 15 tahun tunggu tuh

fauzan said...

Tunggu ya syifa' ulasan pasal nti menyusul kemudian...kebetulan kat skolah ana ada ramai pengamal perubatan darussyifa'...huhuhuh