Wednesday, December 08, 2010

ASYURA' DAN GAZA

Setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Lantas Rasulullah bertanya, "apakah hari ini?". Maka jawab mereka, "inilah hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa padanya." Lantas dijawab Nabi, "kamilah yang lebih berhak ke atas daripada kamu." Maka Rasulullah pun menyuruh sahabat-sahabat berpuasa pada hari itu. Demikianlah sebahagian maksud hadis yang dikeluarkan Imam Al Bukhari dalam sahihnya daripada Ibnu Abbas radiyallahu anhuma.
Puasa Asyura' sudah dikenali sejak zaman jahiliah lagi sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. Menurut riwayat Ummul Mukminin Aishah r.a, orang-orang jahiliah pun sudah berpuasa pada hari tersebut. Apabila Rasulullah tiba di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi pun berpuasa pada hari itu. Apa yang berbeza, mereka menjadikan hari Asyura' sebagai hari perayaan mereka.
Menurut Imam Nawawi dan jumhur ulama', yang dikatakan hari Ayura' ialah hari kesepuluh daripada bulan Muharram. Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan haram iaitu, Zulqaedah, ZulHijjah dan Rejab. Menurut keterangan sejarah, bulan-bulan haram adalah kalangan bulan-bulan yang amat dihormati oleh bangsa Arab sejak dahulu lagi, sehinggakan tiada sebarang pertumpahan darah dibenarkan belaku dalamnya. Apabila Islam datang, kemuliaan bulan-bulan haram ini terus dipertahankan.
Hari ini, bulan haram ini telah dicemari. Dicemari oleh bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan Allah, anak-anak Allah dan kesayanganNya, bangsa yang banyak diutuskan Nabi dan Rasul, dan bangsa yang juga paling banyak membunuh Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka. Itulah bangsa Yahudi. Samada dengan nama klasik mereka sebagai Yahudi, atau dengan nama moden mereka sebagai Zionis, mereka mempunyai matlamat yang satu menghapuskan umat Islam, khususnya di Palestin dan merealisasikan lakaran peta mereka untuk menubuhkan Negara Besar Yahudi, bermula dariSungai Furat sehinggalah ke Sungai Nil, di Mesir.
Mempertahankan kemuliaan bulan-bulan haram ini bukan bermakna berpeluk tubuh atau pun bertahan tanpa ada apa-apa tindakan balas. Allah azzawajalla sendiri memberi pedoman berkenaan bulan-bulan haram ini, sepertimana dalam firmanNya dalam Surah Al Baqarah ayat 194 yang bermaksud;(mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Sudah pasti pada saat ini mereka yang lebih memahami ayat ini ialah sahabat-sahabat Mujahidin Hamas yang sedang mempertahankan wilayah Gaza di bumi Palestin. Mereka berhempas pulas mempertahankan Gaza dengan darah dan air mata, sambil diperhatikan dengan "kaca mata Zionis" yang dipakaikan kepada pemimpin Arab di sekeliling mereka. Bunyi dentuman dan roket yang dilancarkanIsrael seolah-olah tidak mampu
menyampaikan isyarat bunyi ke dalam gegendang telinga pemimpin-pemimpin Arab ini. Sebagai contoh, Mesir yang menjadi kiblat ilmu bagi umat Islam dan pernah menjadi jaguh dalam Perang Arab-Israel, sekarang menjadi keldai tunggangan Israel yang hanya akan bergerak apabila punggungnya dicemeti. Maruah bangsa yang berbangga dengan peninggalan Firaun ini, tiba-tiba menjadi dayus sehingga membuka pintu "rumah" sendiri pun perlu kepada izin Israel.
Sememangnya pemimpin iras pemimpin-pemimpin Arab ini banyak dalam kalangan umat Islam kini. Pemimpin jenis ini lebih cenderung memilih berada dalam "zon selesa". Pantang saja dihadiahkan sedikit "ladang", maka "ladang" itulah yang akan diwiridnya saban tika dan saat. Pemimpin yang sepatutnya menjadi umpama "tangan", yang apabila kepala pening dialah yang memicitnya, apabila kaki terluka dialah yang menyapu ubat dan membalutnya. Pendek kata semuanya berhajat kepada sentuhannya. Malang sekali jika "tangan" jenis ini hanya diletakkan di belakang punggung, atau berpeluk tubuh, atau pun dimasukkan dalam kocek seluar. "Tangan" jenis ini selayaknya dipotong saja.
Episod-episod jihad di Gaza khasnya, dan bumi Palestin umumnya akan berterusan sehingga hari Qiamat, sehingga Islam ditegakkan kembali di sana dan dikuburkan orang-orang Yahudi dalam kuburan besar. Semua ini membenarkan sabda Nabi s.a.w, "Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam membunuh orang-orang Yahudi, dan sehingga Yahudi ini terpaksa berlindung di belakang batu dan pokok. Lalu berkatalah batu dan pokok, wahai orang Islam di belakang aku ada Yahudi, datang dan bunuhlah dia, kecuali pohon Gharqad kerana ia pohon Yahudi."
Sesungguhnya kini bumi Gaza adalah ardul ribat dan bumi jihad. Pintu syurga Allah sedang terbuka luas, harumannya sedang dihidu oleh setiap mujahidin disana. Segala keperitan, kesusahan dan kesakitan bakal digantikan Allah dengan kehidupan yang abadi di sisiNya. Bagi kita yang jauh, atas dasar ukhuwwah Islamiah, ibarat satu jasad yang apabila salah satu anggotanya sakit, maka yang lain turut sakit, demam dan berjaga malam. Saya menyeru untuk kita sama-sama berpuasa sunat Asyura' [10 Muharram] pada esok hari, serta memperbanyakkan doa dan munajat agar Allah azzawajalla memberi pertolongan dan kemenangan kepada saudara-saudara kita di wilayahGaza, Palestin khasnya dan kepada umat Islam seluruhnya.

اللهم رب العزة فانصر إخواننا فى غزة

Hasil Tulisan,
Sufyan Ismail, YDP PAS Puchong.