Saturday, December 20, 2008

SIAPA KITA UNTUK MENGELUH

Selamat bertemu kembali dalam ruang lingkup maya dan tiada sempadan ini. Keletihan dalam melaksanakan tugas seharian sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang. Taklifan sebagai hamba Allah menghimpit rasa untuk melengkapkan ubudiyah di hati setiap insan. Timbul pelbagai persoalan dan konflik diri akibat banyaknya perkara yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa dan akhirnya ada perkara yang menjadi korban lantaran lemahnya diri yang bernama insan. Tanggungjawab kepada keluarga, kerjaya, diri sendiri dan tidak ketinggalan kepada Ummah yang tercinta. Kehidupan yang bermula seawal jam 5 pagi perlu di isi dengan aturan yang telah dirancang atas ketetapanNYA sehinggalah kembali menutup mata menjelang 1 atau 2 pagi.

Begitulah aturan yang terkadang menimbulkan resah di hati lantas menyelinapnya api-api hasutan syaitan untuk mengeluh atas kesibukan yang membelenggu kehidupan seorang Dai'e. Sikap yang membibitkan rasa untuk putus asa pada rahmat dan kasih sayang Allah SWT akhirnya akan memamah segenap inci pada roh perjuangan dan melahirkan pejuang yang berpenyakit dan cenderung untuk berasa puas dengan segala bentuk bakti yang telah di curahkan.



Lihat lah pada wajah ini. Kalaulah Allah SWT membenarkan hambaNYA mengeluh atas kesibukan dan taklifan kepada diri, wajah ini lebih layak untuk menghamburkan keluhan itu. Tubuh badan ini yang selayaknya mengeluh atas pergerakan yang tidak kenal sempadan masa mahupun tempat.

Siapalah kita untuk mengeluh. Cukuplah dengan perbandingan mudah antara kita dengan orang atasan kita di peringkat Kawasan mahupun negeri. Sejauh mana pengorbanan kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Melihat pada wajah tokoh yang paling saya kagumi ini, jauhnya tangan untuk menggapai kecemerlangan beliau. Rendah diri mengulit lantaran terkenangkan sumbangan dan titis-titis peluh yang jatuh pada jalan perjuangan.

Lantas, terfikir sejenak di corong halus pemikiran, terusik reseptor-reseptor sejuk di hati, semuanya sepakat dan sepadu memotivasikan diri, membuahkan senyuman di bibir yang manis,
umpama arus mengalir terbit kata-kata darinya,

SIAPA KITA UNTUK MENGELUH

Wednesday, December 17, 2008

TAHUN INI HAMPIR BERLALU, TAHUN DEPAN?

Akhirnya berjaya juga menyiapkan kertas soalan akhir tahun bagi tahun ini. Jangan berasa pelik kerana sekolah Fauzan agak lambat menjalankan Peperiksaan akhir tahun. Memandangkan pelajar-pelajar di sini menjalani dua aliran dalam satu masa, jadi kebiasaannya pelajar tingkatan 2 dan 4 akan menduduki peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran akademik pada sessi persekolahan di bulan disember. Begitulah senario yang di alami guru-guru di sini yang turut menjalankan tugas walaupun pada masa yang sama guru-guru di sekolah-sekolah lain sedang bergembira di samping keluarga menikmati cuti sekolah yang agak panjang.


Suka duka kehidupan yang ditempuh sepanjang tahun 2008 bakal tinggal sebagai kenangan sebaik sahaja tirai tahun ini dilabuhkan kurang 15 hari dari sekarang. Jika dilihat dari kalendar hijrah pula, kurang 10 hari lagi kita bakal menempuh Tahun baharu hijrah, tahun 1430 Hijrah. Setelah di hitung secara kasar amalan pada tahun ini, rasa malu dengan diri sendiri. Lemahnya dalam menghitung masa bersamaNYA. Kurangnya berkasih mesra denganNYA. Kadang-kadang duk pikiaq, sibuk sangat ke aku ni. Nak kata pegang jawatan banyak, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man lagi banyak jawatan daripada aku..Nak kata sibuk dengan Anak Isteri, Isteri pun tak dak, anak jauh sekali. 

Tahun ini juga, Fauzan bertekad nak membuat simpanan untuk masa depan. Tetapi akhirnya hanya sempat simpan RM 30 sahaja. mana duit gaji aku eh...Jangan sampai gigit jari dah la Fauzan OOiii..

Cakap banyak pun tak guna...Tahun ini hampir berlalu, Tahun depan?...Plan pun belum...huhuhu

Monday, December 15, 2008

TENANGNYA KU DI SINI





Sedar tak sedar, sudah hampir 2 tahun Fauzan menabur bakti di ceruk kampung mengajar anak bangsa ilmu pengetahuan berguna. Suasana sekolah yang serba sederhana kadang-kadang menimbulkan rasa sayup di hati untuk meninggalkan anak-anak muda yang masih kekok berhadapan dengan dunia yang penuh dengan anasir-anasir yang bisa merosakkan pemikiran dan budaya hidup mereka. Di sini mereka terdidik dengan amalan rutin pendidik jiwa seperti Zikir ma'thurat dan Ratib Al-Hadad. Mereka jarang-jarang sekali berbicara soal yang berkaitan rakan yang berlainan jantina secara terang-terangan (belakang-belakang Wallahu 'alam)...apatah lagi untuk berbual bicara sesama lelaki dan perempuan tanpa urusan yang dibenarkan syara'. Suasana yang Fauzan tidak ketemu di kebanyakan sekolah di pinggir bandar seperti ini. Masih ada lagi kah golongan remaja yang bergelumang dengan kesusahan demi mendapatkan bekalan duniawi dan ukhrawi selengkapnya pada hari ini?...setelah merasai suasana sebegini, Fauzan yakin..sekiranya mereka istiqamah dan ikhlas dalam membentuk diri mereka, mereka inilah yang bakal mencorak perubahan di masa akan datang...Mungkin Fauzan nampak terlalu optimistik, namun percayalah, tugasan mendidik remaja pada hari ini walaupun dalam Bi'ah yang sebegini rupa tetap berhadapan dengan liku-liku yang tidak kurang sempitnya dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit bahkan terlalu besar sehingga terpaksa menggenggam dengan gigi geraham seeratnya.





Hmmm...lihat lah wajah mereka...siapa sangka, wajah-wajah keana-anakan ini mempunyai sesuatu yang bakal dipersembahkan buat kecemerlangan agama yang tercinta di kemudian hari...

Wajah-wajah ini dan ramai lagi yang tidak ditunjukkan di sini mengingatkan Fauzan kepada memori silam di zaman persekolahan..Wajah-wajah ini juga membuatkanku Tenang berada di sini..Jangan kau rosakkan ketenangan yang telah lama berputik ini...




Sunday, December 14, 2008

COMING BACK EDITION

HUHUHU....

ENTAH KALI KE BERAPA FAUZAN MELANCARKAN EDISI KEMBALI KE DUNIA BLOGGERS NIH...

bezanya mungkin kalau dahulu bila semangat membuak-buak untuk menjadi bloggers kembali,..pelbagai masalah timbul sampaikan segala usaha ke arah menghasilkan pelbagai bentuk penulisan terbantut...

Kini bagaimana?...

setelah melihat sahabat-sahabat fauzan terutamanya yang dahulunya buta IT tetapi kini cemerlang dalam penghasilan blog..rasanya, agak rugi jika tidak mengambil bahagian dalam arena ini...

Foohhh...mudah-mudahan keputusan untuk kembali ke dunia bloggers tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam....

lidah kelu seribu bahasa...putaran motor minda terhenti seketika..insan lena diulit mimpi,tak mampu berfikir,tak mampu berbicara...namun Fauzan tetap cuba memercik ILHAM seluas hana yang memukau...