Wednesday, December 17, 2008

TAHUN INI HAMPIR BERLALU, TAHUN DEPAN?

Akhirnya berjaya juga menyiapkan kertas soalan akhir tahun bagi tahun ini. Jangan berasa pelik kerana sekolah Fauzan agak lambat menjalankan Peperiksaan akhir tahun. Memandangkan pelajar-pelajar di sini menjalani dua aliran dalam satu masa, jadi kebiasaannya pelajar tingkatan 2 dan 4 akan menduduki peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran akademik pada sessi persekolahan di bulan disember. Begitulah senario yang di alami guru-guru di sini yang turut menjalankan tugas walaupun pada masa yang sama guru-guru di sekolah-sekolah lain sedang bergembira di samping keluarga menikmati cuti sekolah yang agak panjang.


Suka duka kehidupan yang ditempuh sepanjang tahun 2008 bakal tinggal sebagai kenangan sebaik sahaja tirai tahun ini dilabuhkan kurang 15 hari dari sekarang. Jika dilihat dari kalendar hijrah pula, kurang 10 hari lagi kita bakal menempuh Tahun baharu hijrah, tahun 1430 Hijrah. Setelah di hitung secara kasar amalan pada tahun ini, rasa malu dengan diri sendiri. Lemahnya dalam menghitung masa bersamaNYA. Kurangnya berkasih mesra denganNYA. Kadang-kadang duk pikiaq, sibuk sangat ke aku ni. Nak kata pegang jawatan banyak, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man lagi banyak jawatan daripada aku..Nak kata sibuk dengan Anak Isteri, Isteri pun tak dak, anak jauh sekali. 

Tahun ini juga, Fauzan bertekad nak membuat simpanan untuk masa depan. Tetapi akhirnya hanya sempat simpan RM 30 sahaja. mana duit gaji aku eh...Jangan sampai gigit jari dah la Fauzan OOiii..

Cakap banyak pun tak guna...Tahun ini hampir berlalu, Tahun depan?...Plan pun belum...huhuhu

1 comment:

Nurul Sharina said...

tahun 2008 hampir berlalu, juga tahun 1429H dan tahun tikus.. mari kita MUHASABAH diri, apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2008, masih lagi di takuk lama, atau adakah makin teruk berbanding tahun2 lepas...

sempena tahun baru yg bakal menjelang, jom kita buat AZAM.. semoga hari ini lebih baik dr smlm, esok lebih baik dr hari ini... dan celakalah jika hari ini lbh teruk dr smlm...