Saturday, December 20, 2008

SIAPA KITA UNTUK MENGELUH

Selamat bertemu kembali dalam ruang lingkup maya dan tiada sempadan ini. Keletihan dalam melaksanakan tugas seharian sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang. Taklifan sebagai hamba Allah menghimpit rasa untuk melengkapkan ubudiyah di hati setiap insan. Timbul pelbagai persoalan dan konflik diri akibat banyaknya perkara yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa dan akhirnya ada perkara yang menjadi korban lantaran lemahnya diri yang bernama insan. Tanggungjawab kepada keluarga, kerjaya, diri sendiri dan tidak ketinggalan kepada Ummah yang tercinta. Kehidupan yang bermula seawal jam 5 pagi perlu di isi dengan aturan yang telah dirancang atas ketetapanNYA sehinggalah kembali menutup mata menjelang 1 atau 2 pagi.

Begitulah aturan yang terkadang menimbulkan resah di hati lantas menyelinapnya api-api hasutan syaitan untuk mengeluh atas kesibukan yang membelenggu kehidupan seorang Dai'e. Sikap yang membibitkan rasa untuk putus asa pada rahmat dan kasih sayang Allah SWT akhirnya akan memamah segenap inci pada roh perjuangan dan melahirkan pejuang yang berpenyakit dan cenderung untuk berasa puas dengan segala bentuk bakti yang telah di curahkan.



Lihat lah pada wajah ini. Kalaulah Allah SWT membenarkan hambaNYA mengeluh atas kesibukan dan taklifan kepada diri, wajah ini lebih layak untuk menghamburkan keluhan itu. Tubuh badan ini yang selayaknya mengeluh atas pergerakan yang tidak kenal sempadan masa mahupun tempat.

Siapalah kita untuk mengeluh. Cukuplah dengan perbandingan mudah antara kita dengan orang atasan kita di peringkat Kawasan mahupun negeri. Sejauh mana pengorbanan kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Melihat pada wajah tokoh yang paling saya kagumi ini, jauhnya tangan untuk menggapai kecemerlangan beliau. Rendah diri mengulit lantaran terkenangkan sumbangan dan titis-titis peluh yang jatuh pada jalan perjuangan.

Lantas, terfikir sejenak di corong halus pemikiran, terusik reseptor-reseptor sejuk di hati, semuanya sepakat dan sepadu memotivasikan diri, membuahkan senyuman di bibir yang manis,
umpama arus mengalir terbit kata-kata darinya,

SIAPA KITA UNTUK MENGELUH

No comments: