Thursday, January 22, 2009

Silibus Usrah SMIP

Assalamualaikum.... SMIP telah pun memasuki tahun ke dua dalam perlaksanaan usrah secara sistematik..kami akan menggunakan silibus usrah Quranic Group keluaran Itqan Management







































Kami juga ada menyediakan nota kecil muhasabah diri untuk kegunaan adik-adik di SMIP bermuhasabah di atas setiap amalan seharian...



Tuesday, January 20, 2009

AKHIRNYA ENGKAU PERGI JUA...AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM AIDIL IZZUDIN

Kelihatan wajah rakan-rakan  Aidil yang dahulunya pernah bergelak tawa bersama

Kau Sahabat Kau Teman 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Sunday, January 18, 2009

Ayunya Dia

Pasti ramai yang terkejut melihat Fauzan entry gambar ini. Yang Pastinya, kelibat gambar ini membuatkan Fauzan rasa ingin tergelak di sepanjang kembara di Kuala Terengganu. Kadang-kadang Fauzan Terfikir, betapa pentingnya Poster dalam pilihanraya. Lihatlah wajah pemimpin besar ini, sekali pandang macam mesra rakyat. Dua kali Pandang, tak ubah seperti wajah yang biasa Fauzan tonton ketika menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut...

Mungkin faktor ini agaknya yang menyebabkan BN dimalukan di Kuala Terengganu...

MEMORI PANTAI RUSILA











Seusai petang yang mendingin, kelihatan tiga pemuda menyusuri kepekatan malam menyambut panggilan jihad di satu daerah yang sangat jauh dari tempat tinggal mereka. Perjalanan yang jauh itu membuka ruang seluas-luasnya buat mereka menimba pengalaman berharga di bumi yang dahulunya pernah dijalankan undang-undang Islam sebagaimana yang telah dinukilkan di atas sebuah batu yang dimasyurkan sebagai Batu Bersurat peninggalan kerajaan silam negeri Terengganu. Mereka ditakdirkan mengutip memori-memori indah yang tiba di kemuncaknya di Pantai Rusila



Di perkarangan masjid ini, terlukis tapak-tapak kaki para mujahid yang hadir dari segenap pelusuk negara untuk menginfakkan diri mereka di Jalan Allah, menentang kejahilan manusia yang semakin hari menghakis benih-benih aqidah dan akar-akar iman umat Islam di negara ini. Pertemuan mereka seawal pagi jumaat di Masjid yang indah ini dihiasi dengan permandangan yang jarang-jarang sekali ditemui di mana-mana masjid iaitu suasana Solat Subuh yang mirip Solat Jumaat. Satu fenomena yang sangat ditakuti oleh Yahudi Laknatullah dan kuncu-kuncunya yang bertebaran di atas muka bumi termasuklah yang berada di negara ini. Kehadiran Tuan Guru yang mengimami solat subuh menerbitkan rasa sayu di hati pengikutnya yang tergambar jelas keletihan pada raut wajahnya dan terdengar sayup-sayup suara yang bisa menerbitkan keinsafan di hati. Pagi yang hening itu turut dihiasi dengan alunan kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS yang mana pengisiannya menyentuh terus lapangan jiwa setiap pendengarnya.



















Perjalanan ini akhirnya sampai di medan perjuangan yang sudah lebih dari seminggu dihiasi dengan peperangan poster yang memenuhi segenap pelusuk P.36 Kuala Terengganu. Masyarakat Kuala Terengganu seakan-akan meraikan satu pesta yang jarang-jarang sekali di lalui oleh mereka. Bandar ini dipenuhi oleh puluhan ribu manusia yang bertekad untuk memastikan ideologi mereka di terima pakai oleh penduduk di sini. 



Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap insan di Kuala Terengganu iaitu Hari Membuang Undi. PAS Kawasan Puchong yang diamanahkan untuk berbakti di UPU Mengadang Akar, DUN Ladang di awal pagi lagi telahpun berkumpul di pusat pembuangan Undi, sekolah Sultan Sulaiman 2. Kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan yang ditugaskan untuk merayu undi di kawasan berhampiran sekolah, di sepanjang jalan yang menghubungkan para pengundi ke tempat pembuangan undi.

Masa berlalu dan terus berlalu, akhirnya tiba saatnya pintu pusat pembuangan undi di tutup kepada semua pengundi. Pengiraan terus dilakukan di tempat pembuangan undi. Kami terus melakukan aktiviti kami sendiri iaitu membeli-belah. Namun, hati ini tetap berdebar menantikan keputusan yang bakal di ketahui sama ada Allah memberikan kemenangan kepada Islam ataupun Allah mahu menangguhkan kemenangan itu lantaran kesilapan dan kelemahan daripada diri kami sendiri.



Azan maghrib berkemundang sayup-sayup kedengaran dari Masjid yang menjadi kebanggaan penduduk Kuala Terengganu. Kami menunaikan Solat Maghrib dan Isya' di sini sambil berehat mengumpul tenaga untuk mengharungi perjalanan pulang ke Puchong. Di waktu inilah, maklumat-maklumat terkini muncul di skrin telefon bimbit kami. Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menyatakan PAS menang di keempat-empat DUN. 

Akhirnya keputusan diumumkan dengan PAS menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,631 meruntuhkan terus keangkuhan UMNO dan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan di Muka Bumi Allah ini sejak sekian lama. sambil itu, kami meneruskan perjalanan pulang dengan mengalunkan alunan syukur di sepanjang perjalanan.